Arnab sebenarnya menyusukan anak hanya sekali sehari dan paling banyak dua kali sehari. Kebiasaannya ia menyusukan anak pada awal pagi dan kadang-kadang lewat petang. Kebiasaannya kita tidak dapat melihat ibu arnab menyusukan anaknya tetapi kita bolah pastikan yang anak telah menyusu dengan melihat perutnya. Biasanya anak yang telah menyusu perutnya bulat dan berwarna putih. Ada beberapa sebab kenapa arnab tidak menyusukan anaknya.
1. Mengusik anaknya.
2. Terusik anaknya.
3. Kotak anaknya telah ditukar.
Mengusik anaknya.
Menurut pembacaan saya di intenet anak arnab tidak boleh diusik. Jika kita mengusiknya bau peluh ditangan kita akan melekat kepada anak arnab tersebut. Bagi si ibu ini adalah ancam dan ia akan meninggalkan anaknya untuk meyelamatkan diri nya. Ini bagi arnab yang hidup liar.
Bagi arnab yang dibela didalam sangkar, ia biasanya tidak bersikap demikian kerana ia telah kenal dengan kita dan bau tangan kita kerana kita sering memberi ia makan. Sekali sekala membelai arnab boleh membuat arnab lebih percaya kepada kita. Menurut pengalaman saya, arnab saya sering beranak di luar kotak. Saya mengangkat anaknya dan dimasukkan kedalam kotak. Ibu arnab tetap menyusukan anaknya. Jika ia mengabaikan anaknya ada kaedah yang boleh kita lakukan dan akan saya kongsikan kemudian.
Terusik anaknya.
Melalui pengalaman saya baru-baru ini, saya telah terusik seekor anak arnab yang baru lahir. Arnab ini beranak didalam kotak yang telah saya sediakan sehari sebelumnya. Ini berlaku ketika saya menyelak bulu ibunya yang menutupi anaknya. Saya ingin memastikan sama ada ia telah melahirkan dan bilangan anaknya. Pada pagi itu anaknya ada 5 ekor tetapi sebelah petangnya seekor telah lenyap.Saya mensyaki ibunya telah memakannya bagi melindungi yang lain. Saya telah memisahkan yang 4 ekor anaknya itu dari ibunya. Cara menyusukannya akan saya kongsi dilain masa.
Kotak anaknya telah ditukar.
Banyak anak arnab saya mati disebabkan perkara ini pada bulan ogos dan september tahun ini.Sebelum ini juga berlaku perkara yang sama. Wife saya kata ibunya tidak menyusukan anaknya tetapi saya kata kerana cuaca. Sememangnya saya tidak mengetahui perkara ini sehingga saya membuat kajian mengapa anak arnab saya mati. Saya sangkakan ia disebabkan cuaca yang panas disiangnya dan sejuk diwaktu malam. Semuanya mati kurus kering setelah satu atau dua hari selepas menukar carikan kertas didalam kotak. Setelah saya mengkajinya, saya dapati yang saya telah menukar kotaknya sekali. Untuk memastikan perkara ini, saya tidak lagi menukar kotak anaknya. Saya cuma menukar carikan kertas yang telah kotor atau basah tanpa menukar kotaknya. hasilnya amat memuaskan. Kini saya sedang mencari jawapan kenapa ibu arnab memakan anaknya. Perkara ini saya saksikan sendiri pada 15 Nov. lalu. sebelum ini saya cuma dapati anaknya hilang terus atau hanya tinggal kepala.
No comments:
Post a Comment