Ibu arnab perlu menyusukan anaknya sekali sahaja sehari. Ini adalah kerana susu arnab sangat berhasiat. Anak arnab boleh membesar dengan baik dengan mendapat susu ibunya sekali sehari. Biasanya ia menyusukan pada awal pagi. Paling banyak ia menyusukan dua kali sehari. Oleh itu janganlah kita angap arnab tidak menyusukan anaknya hanya kerana kita tidak nampak ia menyusukan anaknya seperti yang dilakukan kuching.
Mudah saja untuk mengetahui sama ada anak arnab diabaikan ibunya. Lihat saja perutnya sama ada bulat atau kempis. Arnab yang telah menyusu purutnya bulat dan putih kerana penuh dengan susu. Yang kempis dan nampak tulang selangka itu tidak menyusu dan sah telah diabaikan.
Jangan risau jika anak arnab diabaikan ibunya. Ibu arnab mengabaikan anaknya kerana ia rasa terancam. Ibu arnab memang sayangkan anaknya. Ada 3 cara untuk menyusukan arnab yang mengabaikan anaknya.
1. Ibu tumpang.
2. Dengan bantuan kita.
3. Susukan dengan botol.
Ibu tumpang.
Ambil anak arnab yang diabaikan ibunya dan letakan kedalam kotak ibu arnab yang baru beranak 2atau 3 hari lebih awal.Semasa diletakankan lihat reaksi ibu tumpang.Jika dia menjilat anak tumpang bermakna ia akan menjaga anak tumpang itu. Saya pernah melakukan begini dan hasilnya amat memuaskan (7 + 3). Menurut pembacaan saya melalui internet, arnab boleh beranak sehingga 15 ekor. Jadi tiada masaalah jika diletakkan beberapa ekor lagi. Sekiranya ibu tumpang menolak ia akan mencederakan anak tumpang tersebut.
Dengan bantuan kita.
Asingkan anak arnab yang diabaikan atau yang terancam dari ibunya. (Di cederakan ibunya). Anak arnab ini bolehlah diletakkan didalam kotak atau tapis. Lapikkan kotak atau tapis dengan kertas suratkabar. Carik-carik kan kertas surat kabar dan letakkan didalam kotak atau tapis bersama anak arnab tadi dan letakkan ditempat selamat. Awas! Kucing liar atau tikus mungkin mengancam anak arnab ini.
Ibu arnab boleh dibiarkan disangkar yang sedai ada. Untuk menyusukan anaknya ibu arnab perlu diletakkan disangkar yang kecil lebih kurang 1kaki x 11/2 kaki. Lapikkan lantai sangkar dengan kotak atau papan lapis yang nipis. Berilah ibu arnab makan palet berserta dengan rumput/sayur/ulam (yang biasa di beri sebelum ini) Daun peraga dan daun selong baik untuk arnab. Seterusnya ambil anak arnab dan letakkan dibawah perut ibunya. Anak arnab ini akan masuk kebawah perut ibunya dan menyusu dengan sendiri. Ibunya kebiasaannya akan merendahkan badannya bagi memudahkan anaknya menyusu. Anak arnab akan tidur setelah kenyang. Untuk memastikan, lihat perut anak arnab bulat dan putih.
Kaedah ini telah saya lakukan dan hasilnya memuaskan. Lakukan begini sekali pagi dan sekali petang. Jika tiada masa, boleh lakukan sekali sehari pagi/petang. Jika dilakukan 2 kali sehari, anak arnab akan membesar lebih cepat berbanding 1 kali sehari. Ini perlu dilakukan hanya 4 - 7 hari sahaja.
Anak arnab boleh diletakkan didalam kotak dan bersama dengan ibunya setelah bulunya tumbuh sepenuhnya selepas 4 hari. Ibu nya akan menyusukan nya seperti biasa selepas itu.
Susukan dengan botol.
Anak arnab boleh disusukan dengan botol yang boleh dibeli di kedai haiwan. Susu yang digunakan ialah susu yang dirumus untuk anak kuching yang juga boleh dibeli dikedai haiwan. Jika mengunakan kaedah ini penyusuan perlu dilakukan 4 kali sehari kerana susu kucing kurang hasiatnya berbanding dengan susu arnab sendiri.