Monday, December 6, 2010

Cara menyusukan anak arnab.


       Ibu arnab perlu menyusukan anaknya sekali sahaja sehari. Ini adalah kerana susu arnab sangat berhasiat. Anak arnab boleh membesar dengan baik dengan mendapat susu ibunya sekali sehari. Biasanya ia menyusukan pada awal pagi. Paling banyak ia menyusukan dua kali sehari. Oleh itu janganlah kita angap arnab tidak menyusukan anaknya hanya kerana kita tidak nampak ia menyusukan anaknya seperti yang dilakukan kuching.
       Mudah saja untuk mengetahui sama ada anak arnab diabaikan ibunya. Lihat saja perutnya sama ada bulat atau kempis. Arnab yang telah menyusu purutnya bulat dan putih kerana penuh dengan susu. Yang kempis dan nampak tulang selangka itu tidak menyusu dan sah telah diabaikan.

       Jangan risau jika anak arnab diabaikan ibunya. Ibu arnab mengabaikan anaknya kerana ia rasa terancam. Ibu arnab memang sayangkan anaknya. Ada 3 cara untuk menyusukan arnab yang mengabaikan anaknya.

1. Ibu tumpang.
2. Dengan bantuan kita.
3. Susukan dengan botol.

Ibu tumpang.
         
        Ambil anak arnab yang diabaikan ibunya dan letakan kedalam kotak ibu arnab yang baru beranak 2atau 3 hari lebih awal.Semasa diletakankan lihat reaksi ibu tumpang.Jika dia menjilat anak tumpang bermakna ia akan menjaga anak tumpang itu. Saya pernah melakukan begini dan hasilnya amat memuaskan (7 + 3). Menurut pembacaan saya melalui internet, arnab boleh beranak sehingga 15 ekor. Jadi tiada masaalah jika diletakkan beberapa ekor lagi. Sekiranya ibu tumpang menolak ia akan mencederakan anak tumpang tersebut.

Dengan bantuan kita.

          Asingkan anak arnab yang diabaikan atau yang terancam dari ibunya. (Di cederakan ibunya). Anak arnab ini bolehlah diletakkan didalam kotak atau tapis. Lapikkan kotak atau tapis dengan kertas suratkabar. Carik-carik kan kertas surat kabar dan letakkan didalam kotak atau tapis bersama anak arnab tadi dan letakkan ditempat selamat. Awas! Kucing liar atau tikus mungkin mengancam anak arnab ini.
           Ibu arnab boleh dibiarkan disangkar yang sedai ada. Untuk menyusukan anaknya ibu arnab perlu diletakkan disangkar yang kecil lebih kurang 1kaki x 11/2 kaki. Lapikkan lantai sangkar dengan kotak atau papan lapis yang nipis. Berilah ibu arnab makan palet berserta dengan rumput/sayur/ulam (yang biasa di beri sebelum ini) Daun peraga dan daun selong baik untuk arnab. Seterusnya ambil anak arnab dan letakkan dibawah perut ibunya. Anak arnab ini akan masuk kebawah perut ibunya dan menyusu dengan sendiri. Ibunya kebiasaannya akan merendahkan badannya bagi memudahkan anaknya menyusu. Anak arnab akan tidur setelah kenyang. Untuk memastikan, lihat perut anak arnab bulat dan putih.
            Kaedah ini telah saya lakukan dan hasilnya memuaskan. Lakukan begini sekali pagi dan sekali petang. Jika tiada masa, boleh lakukan sekali sehari pagi/petang. Jika dilakukan 2 kali sehari, anak arnab akan membesar lebih cepat berbanding 1 kali sehari. Ini perlu dilakukan hanya 4 - 7 hari sahaja.
Anak arnab boleh diletakkan didalam kotak dan bersama dengan ibunya setelah bulunya tumbuh sepenuhnya selepas 4 hari. Ibu nya akan menyusukan nya seperti biasa selepas itu. 

Susukan dengan botol.
Anak arnab boleh disusukan dengan botol yang boleh dibeli di kedai haiwan. Susu yang digunakan ialah susu yang dirumus untuk anak kuching yang juga boleh dibeli dikedai haiwan. Jika mengunakan  kaedah ini penyusuan perlu dilakukan 4 kali sehari kerana susu kucing kurang hasiatnya berbanding dengan susu arnab sendiri.

Wednesday, December 1, 2010

Sebab mengapa arnab mengabaikan anak.

Arnab sebenarnya menyusukan anak hanya sekali sehari dan paling banyak  dua kali sehari. Kebiasaannya ia menyusukan anak pada awal pagi dan kadang-kadang lewat petang. Kebiasaannya kita tidak dapat melihat ibu arnab menyusukan anaknya tetapi kita bolah pastikan yang anak telah menyusu dengan melihat perutnya. Biasanya anak yang telah menyusu perutnya bulat dan berwarna putih. Ada beberapa sebab kenapa arnab tidak menyusukan anaknya.
1. Mengusik anaknya.
2. Terusik anaknya.
3. Kotak anaknya telah ditukar.

Mengusik anaknya.
        Menurut pembacaan saya di intenet anak arnab tidak boleh diusik. Jika kita mengusiknya bau peluh ditangan kita akan melekat kepada anak arnab tersebut. Bagi si ibu ini adalah  ancam dan ia akan meninggalkan anaknya untuk meyelamatkan diri nya. Ini bagi arnab yang hidup liar.
        Bagi arnab yang dibela didalam sangkar, ia biasanya tidak bersikap demikian kerana ia telah kenal dengan kita dan bau tangan kita kerana kita sering memberi ia makan. Sekali sekala membelai arnab boleh membuat arnab lebih percaya kepada kita. Menurut pengalaman saya, arnab saya sering beranak di luar kotak. Saya mengangkat anaknya dan dimasukkan kedalam kotak. Ibu arnab tetap menyusukan anaknya. Jika ia mengabaikan anaknya ada kaedah yang boleh kita lakukan dan akan saya kongsikan kemudian.


Terusik anaknya.
         Melalui pengalaman saya baru-baru ini, saya telah terusik seekor anak arnab yang baru lahir. Arnab ini beranak didalam kotak yang telah saya sediakan sehari sebelumnya. Ini berlaku ketika saya menyelak bulu ibunya yang menutupi anaknya. Saya ingin memastikan sama ada ia telah melahirkan dan bilangan anaknya. Pada pagi itu anaknya ada 5 ekor tetapi sebelah petangnya seekor telah lenyap.Saya mensyaki ibunya telah memakannya bagi melindungi yang lain. Saya telah memisahkan yang 4 ekor anaknya itu dari ibunya. Cara menyusukannya akan saya kongsi dilain masa.

Kotak anaknya telah ditukar.
          Banyak anak arnab saya mati disebabkan perkara ini pada bulan ogos dan september tahun ini.Sebelum ini juga berlaku perkara yang sama. Wife saya kata ibunya tidak menyusukan anaknya tetapi saya kata kerana cuaca. Sememangnya saya tidak mengetahui perkara ini sehingga saya membuat kajian mengapa anak arnab saya mati. Saya sangkakan ia disebabkan cuaca yang panas disiangnya dan sejuk diwaktu malam. Semuanya mati kurus kering setelah satu atau dua hari selepas menukar carikan kertas didalam kotak. Setelah saya mengkajinya, saya dapati yang saya telah menukar kotaknya sekali. Untuk memastikan perkara ini, saya tidak lagi menukar kotak anaknya. Saya cuma menukar carikan kertas yang telah kotor atau basah tanpa menukar kotaknya. hasilnya amat memuaskan. Kini saya sedang mencari jawapan kenapa ibu arnab memakan anaknya. Perkara ini saya saksikan sendiri pada 15 Nov. lalu. sebelum ini saya cuma dapati anaknya hilang terus atau hanya tinggal kepala.

Tuesday, November 23, 2010

Arnab aku beranak lagi.


Hari ini 24/11/2010 arnab aku beranak 5 ekor. satu putih, satu hitam dan 3 putih mata celak. Biasanya arnab aku beranak luar kotak, tetapi kali ini dia terus beranak dalam kotak dan diselimutnya dengan bulu dia. Sebenarnya aku ada banyak arnab. Kebanyakannya warna putih. Ibu asalnya warna hitan putih tapi dah mati. Bapa asalnya ada 2 ekor, satu putih mata merah (New Zealand White) dan satu lagi warna putih mata celak (Dwarf Hotot). Sebab itu anaknya berbagai warna.Kini aku ada 8 ibu arnab dan 5 jantan. Anaknya dah tentulah banyak. Ada jugak yang telah aku sembelih untuk makan. Daging nya sedap tahu. Memangnya pada mulanya aku bela untuk suka-suka dan kalau membiak bolehlah dimakan dagingnya. Yang New Zealand White itu aku beli dari penternak yang menjual daging arnab. Yang 2 lagi tu aku beli dari kedai. Kini aku ada 9 pintu kandang dan satu sangkar yang dibeli dari kedai. Aku akan kembangkan ternakan aku ini 2 tahun lagi. Sekarang ini bela kecil-kecilan saja. Sebenarnya aku telah mula bela arnab ini dari bulan October 2008. Banyak jugak yang aku cari dalam laman web dan dari pengalaman selama ini. Nanti aku akan kongsikan.

Next Batch

 
New Zealand White
RM 25 seekor
(SOLD OUT)
Dutch 
RM 25 seekor
(SOLD OUT)



Dibuka untuk jualan
Maklumat Lanjut hubungi kami : 019 6558903


cepat...kalau lambat terlepas peluang untuk memiliki arnab yang comel dan gebu ini

Sunday, November 7, 2010

Rabbit Sale

For more information
Contact=
Pn. Alawiah: 0196558903

Postal code=
Semenyih, Kajang, Nilai, Klang, Beranang, Bangi

Pembayaran dibuat secara Tunai

Rabbit ready for sale!

Arnab Baru telah sedia untuk dijual....
Sesuai sebagai hadiah yang unik.....
sebagai hadiah hari jadi......

Dibuka untuk Ditempah......

Aksesori:.

Sangkar: RM 36
Botol Air: RM 11
Bekas makanan: RM 3


Dutch Black Rabbit: RM 25
(Sold Out)









New Zealand White rabbit : RM 25
(Sold Out)